-
Al-Muttaqin Mosque - Email:
- Call:
- Share:
Event Location
31 Oct, 2026 From 10:00 AM to 1:00 PM Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Sembang² Santunan Emas Siri ke-6
Duka dalam Kehilangan: Panduan dan Persiapan Menghadapinya
Kehilangan merupakan satu pengalaman yang boleh memberi kesan mendalam kepada kehidupan seseorang. Ia bukan sahaja melibatkan kehilangan insan tersayang, malah boleh merangkumi kehilangan kesihatan, pekerjaan, hubungan, peranan atau sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan.
Dalam sesi ini, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram bersama Puan Siti Mariam Mohd Salim (Terapis Utama, Private Space Medical) dan Puan Halijah Jantan (Ketua Kejururawatan, Rumah Jagaan NTUC Health Tampines) akan membincangkan cara memahami, mengurus dan menghadapi proses kehilangan serta kesedihan (grief) dari perspektif perubatan, sosial dan spiritual.
Peserta juga akan diperkenalkan kepada pelbagai bentuk dan tahap kesedihan yang mungkin dialami, bagaimana untuk mengenal pasti kesannya terhadap diri sendiri dan orang sekeliling, serta langkah-langkah yang boleh membantu seseorang melalui fasa tersebut dengan lebih baik.
Memahami kehilangan. Mengurus kesedihan. Menemui kekuatan untuk melangkah ke hadapan.
Sabtu, 31 Oktober 2026
10 pagi - 1 tengah hari
Dewan Solat Utama, Masjid Al-Muttaqin
Program akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu
Perkhidmatan jurubahasa isyarat disediakan
Pendaftaran percuma: https://bit.ly/SEMKREG
Hantar soalan anda: https://bit.ly/SEMKQNA
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Sabtu, 31 Oktober 2026
Masa: 10 pagi - 1 tengah hari
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Al-Muttaqin
Daftar di: https://bit.ly/SEMKREG
Registration Details
There are no tickets configured for this event. Please view event details above or contact the organizer for more info.