-
Al-Muttaqin Mosque - Email:
- Call:
- Share:
Event Location
04 Jul, 2026 From 10:00 AM to 12:00 PM Dewan Serbaguna, Aras 2, Masjid Al-Muttaqin, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Safiyyah binti Huyay r.a. bukan sahaja isteri Rasulullah ﷺ dan Ummul Mukminin, tetapi seorang wanita yang tabah menghadapi ujian dan akhirnya dipilih Allah untuk meraih kemuliaan di sisi-Nya.
Kisah hidup beliau mengajak kita melihat bagaimana rahmat Allah mampu mengubah kesedihan menjadi kebahagiaan, dan cabaran menjadi jalan menuju kemuliaan.
Dalam perjalanan hidup Safiyyah r.a., terserlah teladan seorang wanita yang memiliki keteguhan hati, kesabaran yang luar biasa, serta keimanan yang mendalam dalam menghadapi liku-liku kehidupan.
Sertai Ceramah Sirah: Safiyyah binti Huyay r.a. – Wanita Hebat Pilihan Allah bersama Ustazah Dr Sakinah Saptu.
Mari menelusuri perjalanan hidup Safiyyah r.a., daripada cabaran yang berat kepada rahmat dan kebahagiaan yang dikurniakan Allah.
Ambillah ibrah daripada kisah seorang sahabat wanita yang membuktikan bahawa kemuliaan sebenar terletak pada iman, kesabaran dan ketaatan kepada Allah.
Sabtu, 4 Julai 2026
10 pagi – 12 tengah hari
Dewan Serbaguna, Aras 2, Masjid Al-Muttaqin
Pendaftaran dibuka di: https://tinyurl.com/MTQMuslimah atau imbas QR code pada poster.
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Sabtu, 4 Julai 2026
Masa: 10 pagi – 12 tengah hari
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras 2, Masjid Al-Muttaqin
Daftar di: https://tinyurl.com/MTQMuslimah