
- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
20 Jul, 2025 From 10:00 AM to 12:00 PM Masjid Darul Makmur, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Masjid Al-Muttaqin, dengan kerjasama Ma:een, Muhammadiyah Active Ageing Centre, dan kini turut bekerjasama dengan Masjid Darul Makmur, mempersembahkan Program Santunan Emas, khas untuk warga emas.
Forum ini akan membincangkan isu-isu penting berkaitan persoalan agama warga emas dan para penjaga, bersama barisan Asatizah Santunan Emas. Antara perkara yang akan diketengahkan termasuklah bagaimana hukum-hakam Islam diterapkan dalam penjagaan kesihatan warga emas, serta apa yang perlu diketahui oleh para penjaga dalam menangani hal-hal fiqh pesakit seperti solat, wuduk, dan aurat.
Details
Panelis: Ustaz Fatris Bakaram, Ustaz Jazair Jummat dan Ustaz Saiful Adli
Tarikh: Ahad, 20 Julai 2025
Masa: 10 pagi – 12 tengah hari
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Darul Makmur
Bahasa: Forum ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu
Forum ini terbuka kepada semua, khususnya warga emas dan penjaga mereka.
Jom hadir dan timba ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan harian yang lebih bermakna dan diberkati.
Ada soalan untuk panelis?
Hantarkan soalan anda di sini:
https://bit.ly/ForumSE20July
Atau imbas kod QR yang terdapat dalam poster acara.